sekiranya seminit
berpeluang bertemu denganmu
apakah yang bakal aku lakukan
apakah yang bakal aku ucapkan
apa yang bakal aku adukan
apa pula yang akan kuluahkan
Tentu aku rebah lalu pengsan
kerana itu adalah
saat yang tak tergambarkan
perasaan yang tak terkatakan
rindu yang tak terucapkan
cinta yang teragung
pernah kurasakan pada seorang insan
wahai nabi allah
aku tidak layak
hidup sezaman denganmu
meski aku sangat mahu
bercinta denganmu.
(puisi ini ilham dari menonton rancangan 'Law kana bainana' setiap waktu sahur pada bulan ramadhan baru-baru ini)
No comments:
Post a Comment
Komen la di sini